warkah buat HAWA. .
Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa .
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa .
Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh .
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi .
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi .
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk .
Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa .
Engkaulah wanita istimewa,
Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan .
:: Terima kasih Allah kerana mencipta aku sbg seorang HAWA .
:')
<HAWAmerinduiADAM.sentiasa>
No comments:
Post a Comment