Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu . .
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku.
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Sekiranya kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta.
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Sekiranya kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tertanya-tanya,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana-NYA”.
Ya Allah,
tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.
Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba .
:')
credit to: silent stalker ;)
<future?whoknows>
4 comments:
this is best sheb..tepat ngan situasi aku :)
amboih akim tepat gitu.. amin.. cpt2 la nikah yerr :D lame dh ni nk mkn nasik minyak
akim ,
i pray da best for u and her :)
aten ,
agreed ! :D
Post a Comment